SURAU AN-NUR
Surau an-Nur merupakan lambang syiar Islam di SK Kota Aur ini. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadah solat semata-mata tetapi ia juga berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang baik dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan murid yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan mereka.
Konsep Surau an-Nur
i. Tempat mengerjakan solat fardhu dan solat sunat sama ada secara berjemaah atau individu.
ii. Tempat untuk melaksanakan amali Pendidikan Islam seperti cara berwudhuk, cara mengerjakan solat dan sebagainya.
iii. Tempat melaksanakan “Tazkiyah Ruhiyyah” iaitu pembersihan jiwa melalui tilawah al-Quran, zikrullah, tazkirah dan sebagainya.

|
|