PENERBITAN DAKWAH SURAU AN-NUR
RISALAH DAKWAH 1
PERISTIWA ISRA’ DAN MI’RAJ
Israk Mikraj
Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasih-Nya.
Sebelum Israk dan Mikraj .
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (Israk) itu, Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan)
· Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut:
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang2. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
· Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

RISALAH 2
SABAR
PENGERTIAN SABAR
Sabar berasal dari bahasa Arab ((صبر
Dalam pendekatan ilmu Feqah, sabar didefinisikan sebagai tabah, yakni dapat menahan diri dari melakukan hal-hal yang bertentangan dengan hukum Islam, baik dalam keadaan lapang mahupun sulit, mampu mengendalikan nafsu yang dapat menggoncangkan iman. Menurut Ibnu Qayyim sabar bererti menahan diri dari keluh kesah dan rasa benci, menahan lisan dari mengadu, dan menahan anggota badan dari tindakan yang mengganggu dan mengacaukan.
Definisi sabar menurut Al-Quran surah Ali’Imran ayat 146-147 yang ertinya : “Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa, meraka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan “Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tolonglah kami terhadap kaum kafir”. Orang yang sabar menurut ayat tersebut adalah yang apabila ditimpa musibah tidak menjadi lemah, lesu dan menyerah dengan keadaan yang tersepit, bahkan ketika ditimpa musibah, orang yang sabar berdoa memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa dan tindakan-tindakan yang melampaui batas-batas hukum yang telah ditetapkan Allah SWT.
Ibnu Qayyim al-Jauziah memberi motivasi sabar dalam tiga keadaan , sabar dengan pertolongan Allah, sabar kerana Allah, dan sabar bersama Allah. Sebagaimana Firman Allah :
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلاَّبِالله
Ertinya : “Bersabarlah, dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah”. (al-Nahl, ayat 127)
KEPENTINGAN SABAR
1. mengandungi nilai yang tinggi dan mulia di sisi agama dan budi pekerti.
2.sifat yang mesti bagi mengangkat darjat agama dan akhlak diri sendiri.
3.agama tidak akan mencapai kemenangan dan dunia tidak akan aman serta cita-cita tidak akan terhasil tanpa sifat sabar.
BATAS-BATAS KESABARAN
· sabar dengan ujian dunia
· sabar dengan ajakan nafsu
· sabar mentaati Allah S.W.T
· sabar menghadapi kesukaran dalam berdakwah ke jalan Allah
· sabar dalam perhubungan sesama manusia
CIRI-CIRI ORANG SABAR
· tidak emosi
· tidak marah
· selalu senyum
· bersyukur dengan segala yang berlaku
· redha ketentuan Illahi
· yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya
Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke akhirat.
CONTOH NABI YANG SABAR DALAM AL-QURAN
· Nabi Ayub A.S
· Nabi Yaakub A.S
· Nabi Yusuf A.S
· Nabui Ismail A.S
· Nabi Ibrahim A.S
· Nabi Nuh A.S
· Nabi Isa A.S
· Nabi Musa A.S
· Nabi Muhammad s.a.w